Thursday, December 23, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Surf Iklan Dan Dapat Duit Dalam Nilai Dollar USD
Adakah anda tahu ada satu company yang tawarkan 25 USD untuk semua orang yang daftar dengan website tersebut.Mungkin ada yang kata boleh percaya ke program ni. Pada pendapat aku, kalau tak cuba mana tau. Sebab modal yang perlu keluarkan hanyalah masa + tenaga sahaja disamping sering melayari internet adalah satu bonus.
Persoalan yang timbul bila boleh dapat keluar duit ni kan? Menurut PayBox program ini akan dibuka pada public pada awal tahun 2011. By that time semua early bird ni akan dapat duit hasil dari survey2 dan promosi yang telah dijalankan. Kita tunggu dan lihat je lah.
Untuk register sila tekan banner bawah ni:

Sunday, December 19, 2010
Assassins Creed Lineage
The story is a prequel to the video game Assassin's Creed II. It centres around the father of the game's main character Ezio Auditore de Firenze. Giovanni is an assassin living during the Renaissance in 15th century Italy.
Download MediaFire
Saturday, December 18, 2010
Thursday, December 16, 2010
Tip Untuk Meningkatkan Kecerdasan Otak
Otak secara alami akan kehilangan sel-selnya ketika mencapai usia 30 tahun. Akibatnya, daya tangkap akan terganggu, mudah lupa dan sukar mengingat informasi baru. Namun, jangan khuatir ada tip untuk menjaga kemampuan otak agar terus berfungsi secara baik.
Teh Hijau
Teh hijau yang mengandung anti oksidan tinggi, akan memerangi radikal bebas yang menyerang saraf otak. Teh hijau telah terbukti boleh menghambat enzim yang menyebabkan Alzheimer. Selain itu teh hijau juga membuat kemampuan otak lebih tajam.
Mengunyah
Kegiatan menguyah dapat meningkatkan aliran darah ke otak yang mengawal memori. Anda boleh membaca buku sambil mengunyah gula2 getah sebagai aktiviti harian anda.
Bermain alat muzik
Latihan alat musik dapat meningkatkan ketajaman berfikir. Melakukan latihan musik selama setahun membantu daya fikir dan daya ingat menjadi lebih baik.
Mencium wangi bunga
Penelitian di Amerika menunjukkan bahawa, orang yang sering mencium wangi bunga boleh berfikir 17% lebih pantas. Aroma bunga dipercayai boleh menghilangkan stress dan menjadikan fikiran lebih tajam. Tempatkan bunga di rumah mahupun meja kerja anda.

Wednesday, December 15, 2010
Takers (2010)
A group of bank robbers find their multi-million dollar plan interrupted by a hard-boiled detective.Genre Action | Crime | Thriller
Download MediaFire
Tuesday, December 14, 2010
Estet (2010)
Pengarah : Mamat Khalid Syarikat Penerbit : Naga VXS Sdn. Bhd. Kategori : Filem Cereka Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Download MediaFire
Monday, November 29, 2010
Harry Potter And The Deathly Hallows 2010
As Harry races against time and evil to destroy the Horcruxes, he uncovers the existence of three most powerful objects in the wizarding world: the Deathly Hallows.Genre Action/Adventure/Fantasy
Download
Tuesday, November 23, 2010
Senjata Melayu Sebenar
Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel ini, akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Siri akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”
Benarkah begitu?
Ada satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan menimbulkan misteri yang tersendiri.
Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa buku-buku sejarah di barat, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita?
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapajah begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. Jadi....
ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon = Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka
*Flintlock Musket = Istinggar
*Blunderbuss = Pemuras
*Pistol = Terakol
Di bawah antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:
Pemuras
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!
Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!
Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad :
“ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” .
“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu”
kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.
Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya
“ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?”
tanyanya dengan penuh kehairanan!
“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka”
jawab Mat Kilau bangga.
“bolehkah kami melihatnya”
kata Gabenor itu lagi.
“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya”
kata Mat kilau lagi.
Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam/Lela
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka. Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Raja Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu .Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Saya rasa tajuk filem itu Sumpah DI Bumi Merekah.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia. Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Tok Janggut juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?
Bibliografi:
Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.

Monday, November 22, 2010
Apabila Artis Berbicara Pasal Tutup Aurat
Jawapan2 artis yang rasa diri bagus sangat
"suami i pun xmarah"
"family i pun support i"
"sy masih muda kenapa perlu pakai tudung"
"orang kata sy seksi, thanks!"
"kenapa sy perlu tutup aurat sedangkan inilah saya"
"nama tu bapak sy yg bg"
Apa punya sengap la jawapan artis2 nie....yang Tiz Zaqyah suka plak dilabel sebagai seksi..ingat popular la sangat..hampeh tul
yang sorang tu ade ke patut kata "kenapa nak pakai tudung?itu bukan saya.."
Klu org kata artis kurang didikan agama..marah plak..korang nilaikan sendiri..hancur
Saturday, November 20, 2010
Judi Pun Kena Belajar Ke?
Latih jadi pakar judi
KUALA LUMPUR: Anggota dan pegawai polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) akan dilatih menjadi pakar judi bagi membolehkan mereka menggunakan kemahiran itu untuk membanteras kegiatan perjudian di negara ini.
Ini berikutan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi memberkas ahli sindiket perjudian. Makmal itu yang ditempatkan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini bertujuan melahirkan pakar judi yang memahami setiap permainan yang ada kaitan dengan perjudian agar lebih efektif. Mereka juga akan menjalani amali seperti keadaan sebenar yang terdapat di kasino atau pusat perjudian di makmal itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sebanyak RM198,000 diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu di samping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette, tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian lain yang ditaja Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM110,000. “Saya berharap langkah ini dapat memberi pendedahan mencukupi kepada pegawai dan anggota untuk melayakkan mereka bergelar pakar judi.
*sumber Metro
Dunia la dunia..

Subscribe to:
Posts (Atom)